Selasa, 18 Januari 2011

REALITI DUNIA LELAKI


Salam...

Allah menciptakan Hawa setelah melihat Nabi Adam keseorangan dalam Syurga. Maka bermula la kehidupan manusia berpasang-pasangan. Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:


Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.


Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.


Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.


Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.


Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.


Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.


Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”


Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

benar atau tidak, anda sendiri yang menilai...

Isnin, 27 Disember 2010

YAHOO...MALAYSIA MENANG 3 - 0 INDONESIA



Yes Malaysia menang semalam lawan Bole sepak..ini berita gembira untuk rakyat Malaysia...ak tengok kat Tv di rumah je...tidak g stadium,maklumlah ramai sangat manusia di sana..jadi biarlah tengok dirumah sahaje lagi puas..hehehehe
Tapi syukurlah semalam pemain Malaysia memang ada peningkatan dalam pemainannya...macam niy la anak Malaysia kan..jadi ingat ya,ini baru pelawanan yang pertama pada rabu ini perlawanan penentuan siapakah yang bergelar JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010. nantikan bersama..ayuh berikan sokongan yang padu kepada PEMAIN MALAYSIA!!! MALAYSIA BOLEH

Ahad, 26 Disember 2010

MALAYSIA LAWAN INDONESIA PIALA SUZUKI

aku akan beri sokongan sepenuhnya kepada Permain Malaysia yang makin mantap tue di bawah kendalian En Rajagopal...

jangan lupa malam niy
MALAYSIA BOLEH!!!!!

SIMPAN DUIT DINAR IRAG


Fuyoo...sekarang niy ramai pulak orang dah beli wit dinar iraq, aku nak beli juga la..nak cuba try manala taw kan....ADA REZEKI...Aku juga dah letak tools Iraqi Dinar Rate Exchange dan Iraqi Dinar Revaluation Calculator supaya mudah sikit aku tengok bila dinar iraq akan diampungkan..

niy aku copy sikit maklumat dinar iraq niy untuk sape-sape yang baca..huhuh

Sebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar (USD$3.22 = IQD1.00). ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada.

Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia.

Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Dunia
meletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49.

Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini!

Jika anda membuat kajian, anda akan dapati setiap kali konflik besar akan dituruti oleh kejatuhan matawang sesebuah negara. Matawang juga akan kembali melonjak apabila negara itu bangun dari kehancuran akibat peperangan.

Hari ini Iraq sedang aktif membina kembali simpanan rezab asingnya. Ini adalah kunci kepada kekuatan tukaran asing sesuatu matawang. Langkah pertama mereka ialah mendepositkan USD5 bilion dengan Perbendaharaan Amerika, membolehkan Iraq menikmati pulangan melebihi USD150 juta setahun.

Jumlah hutang Iraq kepada dunia semakin mengecil. Amerika Syarikat sendiri telah melupuskan semua hutang Iraq sama ada hutang sebelum perang atau pun hutang selepas perang. Perjanjian Paris juga menyaksikan kebanyakan negara termasuk Rusia telah melupuskan 85% hutang Iraq kepada mereka.

Iraq bukan hanya kaya dengan sumber asli minyak dan gas. Kedudukannya yang strategik, mengalir antaranya dua sungai penting, Tigris dan Euphrates, membentuk tanah luas yang subur. Pelaburan dalam bidang pertanian semakin bercambah menyebabkan Iraq disebut-sebut sekali lagi sebagai “Periuk Nasi” Timur Tengah.

nak mudah lagi cari je di google...

Rabu, 15 September 2010

OFFICE YANG SUNYI

Pejabat tempat aku kerja sunyi je niy..orang masih belum balik raye lagi niy..
Kadang2 terfikir lak kenapa nak cuti lame-lame sangat?....

DENGAR LAGU SYAHDU

Best juga layan lagu nasyid niy, sedih dan terharu sangat lebih-lebih lagi dengar lagu berbentuk keTuhanan.

niy dia tajuk yang aku tengah layan niy

1- Demi Masa nyanyian Kumpulan Nasyid Raihan
2- Mutiara Hati nyanyian Novi kot( xberapa tahu sangat penyanyai niy )

AZAM TAHUN 2010

azam aku tahu niy nak ada blog sendiri yang membolehkan aku bebas menceritakan ape2 saje.heheheh dan ape - ape bisnes yang dapat tampung perbelanjaan hidup yang sangat membebankan ini...adoh!!!!,
Tapi amat perit jika aku fikirkan kesilapan aku sebagai hamba Allah S.W.T.. menyesal mamang menyesal...